Tuesday, February 12, 2008

Kerinduan mengamit di hati

Anak-anak adalah merupakan anugerah Allah dan amanah Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. la merupakan perhiasan hidup dan penyumbang kepada generasi akan datang, bahkan ianya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta benda dunia sekalipun.

Kehadiran anak-anak dalam sebuah rumahtangga diibaratkan cahaya mata kepada ibu bapa, gelak ketawa, tangisan dan riuh rendah mereka itu menambahkan lagi suasana keindahan, ketenangan dan kebahagiaan berumahtangga. Oleh kerana itulah digambarkan oleh Allah SWT bahawa anak-anak itu adalah sumber perhiasan di dalam kehidupan.

Keberangkatan Mohd. Fairus Bin Rabuni ke Universiti of Manchester mengamit kerinduan keluarga. Namun demi mengejar cita - cita ...dia sanggup berjauhan daripada keluarga .

Belajarlah.... jadilah anak yang cemerlang ilmu dunia dan akhirat.


No comments: